LAMAN WEB RASMI
LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM

Pemegang Lesen :: e-Perkhidmatan :: ePermit

​​​​​​​​e-Perkhidmatan :: ePermit dan​ ePermit STA


ePermit

Syarikat-syarikat yang berhasrat untuk Import/Eksport Bahan/Mineral Radioaktif & Radas Penyinaran dengan kejasama KASTAM di bawah Akta 304.​

 



ePermit STA​


​​

PENGUATKUASAAN AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK 2010 (AKTA 708) OLEH JABATAN LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM

1.         Di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708) pula, Jabatan AELB dipertanggungjawabkan sebagai Pihak Berkuasa Berkenaan bagi mengawal dan mengawalselia aktiviti eksport, pemindahan, transit dan pembrokeran barangan strategik, termasuk senjata dan bahan berkaitan, dan aktiviti lain yang boleh memudahkan rekabentuk, pemajuan dan penghasilan senjata pemusnah besar besaran dan sistem penghantarannya yang dibangunkan.

2.         Selaras dengan hasrat serta usaha ke arah fasilitasi perdagangan serta inisiatif kerajaan Malaysia bagi mengekang percambahan Senjata Pemusnah Besar-Besaran (WMD), Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708) telah diluluskan oleh Parlimen pada 06 Mei 2010. Akta 708 dibangunkan bagi menjamin keupayaan sistem perundangan ne​gara untuk melaksanakan komitmen Malaysia ter​hadap Resolusi 1540 (UNSCR 1540) Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Akta 708 ini bertujuan mengekang kecambahan senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of Mass Destruction [WMD]) yang mungkin melibatkan aktiviti  perdagangan di Malaysia.

3.         Barangan ini merupakan barangan kawalan di bawah regim kawalan eksport antarabangsa seperti Nuclear Supplier Group (NSG), Wassenar Arrangement (WA), Missile Technology Control Regime (MTCR), Australia Group (AG) dan Chemical Weapon Convention (CWC) yang digabungkan sehinggalah Senarai Barangan Strategik Malaysia 2010 dibangunkan melalui Perintah Barangan Strategik 2010. Pemberitahuan mengenai penguatkuasaan Akta Perdagangan Strategik 2010 telah dikeluarkan oleh Jabatan AELB pada 18 Mac 2011 melalui Notis Pemberitahuan AELB Bil. 03/2010 Pin.1.

4.         Jabatan AELB telah melancarkan permohonan permit atas talian (on-line system) di bawah Akta 708 melalui Sistem e-Permit ​STA yang telah dimuktamadkan pada 09 Mac 2010. Pemohon permit dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu dengan Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. di laman web www.dagangnet.com bagi mendapatkan akses ke atas sistem e-Permit STA. Selepas itu, capaian e-Permit STA boleh diakses melalui http://www.mytradelink.gov.my/web/guest/4.

​​

Maklumat mengenai kaedah pendaftaran sistem e-Permit STA serta maklumat berkaitan dengan permohonan permit boleh didapati daripada pautan di bawah ini.


5.         Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung dengan pemberitahuan ini, sila berhubung melalui alamat di bawah;


Pengarah
Bahagian Dasar, Kod & Standard
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
Batu 24, Jalan Dengkil
43800 Dengkil
Selangor Darul Ehsan.

No. Telefon     : 03-89225888
No.Faks           ​: 03-89223685
​​E-mail              : pbs@aelb.gov.my