Profil


Penubuhan

Pengawalan ke atas penggunaan benda-benda radioaktif telah dijalankan sejak tahun 1968 lagi apabila Parlimen meluluskan Akta Benda-Banda Radioaktif 1968. Memandangkan perkembangan aktiviti-aktiviti tenaga atom di Malaysia amatlah pesat dan memerlukan pengawalan yang lebih berkesan. maka pada April 1984 Parlimen telah meluluskan Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304).

Selaras dengan kehendak Seksyen 3, Akta 304, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 1 Februari 1985. AELB bertindak sebagai sebuah badan penguatkuasa ke atas Akta 304 dan perundangan-perundangan subsidiari yang di buat di bawah akta tersebut. Mulai 27 Oktober 1990 AELB telah diletakan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. AELB dianggotai oleh lima orang ahli yang dilantik oleh menteri. Ahli-ahli ini kesemuanya berkelayakan dalam bidang sains dan teknikal berkaitan tenaga atom.


Objektif

  • Untuk memastikan teknologi nuklear dan sinaran dilaksanakan untuk kesejahteraan masyarakat dan negara tanpa memberi kesan negatif kepada masyarakat awam, alam sekitar dan pekerja.
  • Untuk memperolehi, menyebar dan menjana pengetahuan untuk meningkat keselamatan nuklear dan sinaran, sekuriti serta kawalgunaan.
  • Untuk menghasilkan kemakmuran melalui penyediaan persekitaran yang kondusif dan diyakini masyarakat antarabangsa dengan satu kerangka perundangan negara yang berwibawa dan kompeten selaku pemudah bagi industri tempatan untuk memperolehi teknologi-teknologi sensitif termoden untuk negara.

Misi

Mengawalselia penggunaan tenaga nuklear demi kemakmuran dan kesejahteraan negara.


Visi

Badan kawal selia nuklear untuk keselamatan, sekuriti dan kawalgunaan yang cekap dan berkesan.


Fungsi

Fungsi-fungsi AELB seperti termaktub di dalam Akta 304 adalah seperti berikut:

  • Memberi nasihat kepada Menteri dan Kerajaan Malaysia atas perkara-perkara berhubungan dengan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan perkembangan perkembangan mengenainya terutamanya mengenai implikasi-implikasi perkembangan itu bagi Malaysia;
  • Mengawal dan mengawasi aktiviti penggunaan tenaga atom dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya;
  • Menubuhkan, menyenggara dan mengembangkan kerjasama saintifik dengan mana-mana badan, institusi atau organisasi lain berhubungan dengan perkara-perkara nuklear atau tenaga atom sebagaimana difikirkan sesuai oleh Lembaga bagi maksud-maksud Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984;
  • Di mana diarahkan sedemikian oleh Kerajaan Malaysia, melaksanakan atau memperuntukkan bagi pelaksanaan obligasi-obligasi yang timbul daripada perjanjian, konvensyen atau triti berhubungan dengan perkara-perkara nuklear atau tenaga atom yang mana Malaysia menjadi satu pihak jika perjanjian, konvensyen atau triti itu ada hubungan dengan maksud-maksud Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984; dan
  • Melakukan perkara-perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi-fungsi Lembaga ini di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 yang tidak berlawanan dengan maksudmaksud Akta itu, sama ada diarahkan atau tidak diarahkan oleh Menteri.

Dasar Kualiti

"Kami komited :

  • Untuk memberikan perkhidmatan permohonan lesen dan penguatkuasaan Akta 304 yang berkualiti bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan; dan
  • Mematuhi keperluan Sistem Kualiti melalui penambahbaikan berterusan tanpa mengabaikan peruntukkan Akta 304"

Objektif Kualiti

Bagi mencapai Dasar Kualiti, AELB akan :

  • Memproses permohonan lesen tidak melebihi tempoh yang dinyatakan dalam Piagam Pelanggan.
  • Melakukan pemeriksaan di premis pemegang lesen sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sah lesen.
  • Memberi maklum balas terhadap aduan pelanggan dalam masa tiga (3) hari bekerja.
  • Merancang dan melaksana latihan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun atau dua kali kursus setahun bagi setiap kakitangan.

Pihak pengurusan juga akan menentukan bahawa dasar dan objektif kualiti ini difahami oleh setiap kakitangan AELB.

​​​​​​​​​