Laman Web Rasmi

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Kenali AELB :: Pasukan Tindakbalas Nuklear

​​​​Pasukan TINDAKBALAS Nuklear 


BANTUAN APABILA BERLAKU KEJADIAN/KEMALANGAN MELIBATKAN BAHAN RADIOAKTIF ATAU PERALATAN SINARAN​​​​​


PENDAHULUAN

Kejadian/kemalangan melibatkan bahan radioaktif yang dikenali sebagai kejadian/kemalangan sinaran boleh berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Ianya boleh berlaku di tempat kerja ataupun di kawasan awam. Kejadian/kemalangan sinaran ini boleh menyebabkan seseorang sama ada ianya pekerja ataupun orang awam terdedah kepada sinaran. Keadaan ini boleh membahayakan seseorang.




​​​

APAKAH YANG DIKATAKAN KEJADIAN/KEMALANGAN SINARAN?

Kejadian/kemalangan sinaran adalah merupakan suatu kejadian/kemalangan yang melibatkan sinaran mengion yang dikeluarkan bahan radioaktif, bahan nuklear atau radas penyinaran. Contoh-contoh radas penyinaran atau peralatan yang mempunyai bahan radioaktif adalah mesin sinar x, tolok ketebalan, tolok ketumpatan dan lain-lain lagi.



​​

B​​AGAIMANA HENDAK MENGENALPASTI KEJADIAN/KEMALANGAN SINARAN

Sinaran mengion tidak dapat dilihat, dihidu, dipegang, dirasa atau didengar oleh panca indera manusia. Ia hanya dapat dikesan dengan menggunakan alat pengesan sinaran. Sekiranya tidak mempunyai alat pengesan sinaran kejadian/kemalangan sinaran dapat dikenalpasti dengan melihat simbol sinaran. Simbol ini adalah merupakan suatu yang diwajibkan di bawah undang-undang, ianya perlu diletakkan pada peralatan yang mengeluarkan sinaran mengion atau dilekatkan pada kenderaan yang membawa bahan radioaktif atau bahan nuklear.


Lambang Sinaran :

​ ​

CONTOH-CONTOH KEJADIAN/KEMALANGAN SINARAN

Di antara contoh-contoh kejadian/kemalangan sinaran adalah seperti berikut:

  • ​​​Kenderaan yang mengangkut bahan radioaktif terlibat dengan kemalangan jalanraya.
  • Radioaktif tidak dapat dimasukkan ke dalam bekasnya setelah kerja-kerja dedahan radiografi industri tamat.
  • Radioaktif dalam bentuk serbuk atau cecair tumpah ketika mengendalikannya.


​​​​

SIAPAKAH YANG PERLU DIHUBUNGI SEKIRANYA BERLAKU KEJADIAN/KEMALANGAN SINARAN?

Sekiranya kejadian/kemalangan sinaran berlaku, sila hubungi kakitangan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom untuk mendapatkan bantuan dan nasihat sama ada pada waktu pejabat ataupun di luar waktu pejabat. Alamat dan senarai nama kakitangan AELB yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:


​​LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM
Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil,
Selangor, Malaysia.


Hotline Kecemasan: 1 800 88 7999


Talian berikut juga boleh dihubungi:

Waktu pejabat:
Tel: 603-8922 5848 / 6019-280 7869
Fax: 603- 89221067

Y.Brs. En. Hamrah bin Mohd Ali
Ketua Pengarah AELB
Tel: 603 – 89225777 (Direct Line KP- Pejabat)    
E-mail : ​kplpta[at]aelb.gov.my


​NAMA​​​NO. TELEFONNO. SAMBUNGAN PEJABAT​
​ KETUA PASUKAN TINDAKBALAS NUKLEAR
Pn. Hjh. Monalija binti Kostor 6019-2807868 5811
KUMPULAN TINDAK BALAS PERTAMA
​ ZON TENGAH – KUALA LUMPUR, SELANGOR, WP PUTRAJAYA, DAN NEGERI SEMBILAN
En. Zul Helmi bin Ghazali
6012-4302201 ​ 5857
​ ZON SELATAN – MELAKA, JOHOR
 En. Halim bin Abdul Rahman 6017-6553486 607-6632431
ZON TIMUR – PAHANG TERENGGANU KELANTAN
En. Mohd Zulfadli bin Ramli
6019-9552466 609-8503362
ZON UTARA – PULAU PINANG, KEDAH, PERAK, PERLIS
En. Mohd Firdaus bin Mohd Shah 6014-9660096 604-5398391
ZON SARAWAK SABAH – SABAH DAN SARAWAK
En. Ridha bin Roslan
6019-3556539 6086-315469
KUMPULAN TINDAK BALAS SOKONGAN (KTS)
PASUKAN KECEMASAN NUKLEAR BECQUEREL (PKN Bq)
En. Rozman bin Mohd Tahar (Ketua) 011-12152207 / 019-3220432 5745
Pn. Suhana binti Jalil (Timbalan) 012-5218684 5765
PASUKAN KECEMASAN NUKLEAR CURIE (PKN Ci)
En. Mahyudin bin Abu Bakar (Ketua) 013-6291925 / 019-3220449 5806
​Pn. Noraini binti Razali (Timbalan) 013-3062954 5746
PASUKAN SEKURITI NUKLEAR (MEST)
PASUKAN SEKURITI NUKLEAR ROENTGENT (MEST R)
En. ​Mohd Irwan Effendi bin Mohd Nordin (Ketua) 013-6339730 ​5757
En. Abdul Aziz bin Sadri 019-5558607 ​5748
PASUKAN SEKURITI NUKLEAR SIEVERT (MEST Sv)
Pn. Noor Fitriah binti Bakri 013-9281908 5767
En. Hafidz bin Attan 012-3908575 5759
​​