PENGLIBATAN AWAM SECARA ATAS TALIAN

(ONLINE PUBLIC ENGAGEMENT)

BAGI POLICY STATEMENT AND STRATEGY FOR NUCLEAR AND RADIATION SAFETY (PNRS)


Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) merupakan badan penguatkuasa yang bertanggungjawab untuk mengawal dan mengawalselia aktiviti tenaga atom di Malaysia sebagaimana yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) dan perundangan subsidiari di bawahnya.

 

Bagi menggariskan hala tuju dan panduan kepada strategi perlaksanaan kawalseliaan sinaran yang efektif yang dapat menjamin keselamatan pekerja sinaran, orang awam dan alam sekitar daripada bahaya sinaran, suatu pernyataan dasar serta strategi bagi mencapai objektif dasar keselamatan yang meliputi aspek keselamatan nuklear dan sinaran yang dikenali sebagai "Policy Statement and Strategy for Nuclear and Radiation Safety (PNRS)" dibangunkan seperti di LAMPIRAN dibawah. Pernyataan dasar ini mengambilkira sepuluh (10) Prinsip Asas Keselamatan seperti dinyatakan dalam dokumen IAEA Safety Standard Series No.SF-1, 2006, Fundamental Safety Principles.

 

Pernyataan dasar ini telah dibincangkan bersama-sama dengan pihak berkepentingan berkaitan keselamatan nuklear dan sinaran yang lain seperti Kementerian Sains, Tekonologi dan Inovasi (MOSTI), Jabatan Peguam Negara (JPN), Agensi Nuklear Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Luar Negeri (KLN), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysia Nuclear Power Cooperation (MNPC), Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

Di samping itu, Jabatan ini juga ingin mendapatkan ulasan dan pandangan orang awam terhadap draf pernyataan dasar ini. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untuk memberi ulasan terhadap draf pernyataan dasar ini. Ulasan yang diterima akan diteliti untuk pertimbangan sekiranya bersesuaian. Untuk makluman, draf pernyataan dasar ini hanya akan dipapar di laman sesawang LPTA dan orang awam adalah digalakkan memberi pandangan dan maklum balas terhadap draf pernyataan dasar ini kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.

‚Äč

 LAMPIRAN

 
Spelling...Spelling...

Nama *

Organisasi

Jawatan

Umur *

Email / No.Telefon *

Tarikh *

Pandangan dan Maklumbalas *

Attachments